kita tahu hidup susah..

:: Hari ini hari apa? Hari in Hari Garda Sedunia..::

Posted by A m a l - -



Garda mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka Dublin helaian ke enam belas, merupakan sebuah Unit beruniform yang berperanan sebagai Polis, Jaga(security guard), Imigresen, Kastam dan juga sebagai Kad Pengenalan..

iya, Garda juga ialah Kad Pengenalan ataupun bahasa mudahnya ialah I.C..

................

Kepada sesiapa yang bukan EU citizen (european union citizen) dan mahu masuk ke ireland dalam satu jangka masa yang lama, anda dikehendaki melalui satu proses penyeksaan minda dan fizikal yang dinamakan Proses membuat Kad Garda...

...............

Secara ringkasnya di sini, saya mulakan proses yang menyeksakan ini dimulakan sebaik sahaja anda memijakkan ibu jari kaki belah kanan anda di bumi ireland ini...

anda akan dikehendaki beratur dengan panjang...di satu line yang sempit...bersama-sama orang afrika dan kandahar selama labih kurang satu jam sebelum nama anda dipanggil untuk diperiksa oleh garda di lapangan terbang..

sebelum itu, anda akan dikehendaki mengeluarkan surat tawaran ke university beserta dengan passport di tangan kanan serta muka yang tidak bersalah..

jika muka anda kelihatan meragukan seperti Encik Bulu Ai yin(bukan nama sebenar), anda mungkin membuatkan alarm di airport itu berbunyi seketika dan anda akan ditempatkan di kawasan tahanan yang lebih lama..

setelah anda melalui pahit getir proses di lapangan terbang ini yang disulamai dengan jutaan perkataan yang anda tidak paham pabila berhadapan dengan Garda di airport, anda akan dianugerahkan sekeping kertas hijau beserta satu pesanan ringkas dari penaja Garda iaitu:

" You only hava one month to make your Garda Card...I repeat One MONTH!...UNDERSTAND?"

dengan muka yang sayu-sayu sepi, anda dikehendaki meninggalkan airport tuk menuju ke university masing-masing...

....................

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari...

hari yang aku sangkakan pembuatan kad garda ini adalah mudah atau kacang mengikut loghat anak muda tempatan ternyata meleset...

di university masing-masing, anda dikehendaki beratur lagi untuk mengisi borang lain yang juga mempunyai perkaitan yang jelas dengan proses peng-Garda-an diri anda di Ireland..

dalam mengikuti proses yang 'menarik' ini anda juga haruslah berupaya untuk mengangkat sumpah dengan loghat irish yang sebenar, yang menyatakan anda tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah di negara asal anda dan juga sepanjang anda berada di ireland(walaupun anda baru sampai semalam)...

selepas melafazkan kalimat garda yang suci itu anda diminta menurunkan tanda tangan di hadapan lawyer yang bertugas.......

............

habis??

selesai???

gembira???

seronok????

ceria??????

senang hati??????????


hai...nanti dulu, anda masih lagi belum merasa 'nikmat sebenar' proses pembuatan kad garda yang tersirat itu...

setelah anda berpenat-lelah menyiapkan account bank anda..dan setelah juga anda menerima debit card daripada bank anda barulah anda dikatakan hampir bersedia untuk terus diseksa oleh garda lagi...

tapi, sebelum anda mahu terpikir-pikir untuk pergi ke city bagi menyempurnakan proses kad Garda anda...anda haruslah dipastikan cukup 'fit' untuk beratur dan menuggu dalam satu jangka masa yang lama....

menyedari kepentingan hakikat ini, pihak university yang dibantu oleh beberapa pekerja daripada student desk telah menawarkan khidmat latihan yang dicipta khusus bagi tujuan ini di student office university anda...

di sini, anda akan diuji untuk beratur sambil berdiri selama lebih kurang 30-45 minit bagi mendapatkan Surat pengesahan 'Certificate of attendance' dan 'Confirmation of scholarship Letter' unutk dibawa bersama ketika menghadap garda nanti...

tapi, harus diingat juga bahawa anda mestilah telah memasukkan alamat irish anda di dalam personal details anda di sis web...

kalau tidak, sesampainya giliran anda setelah beratur dengan sangat lama, anda akan diminta beredar bagi melengkapkan irish address anda dan datang semula untuk beratur sejam kemudiannya, yang selalunya anda tidak akan sempat tuk beratur semula pada hari dan waktu sama...(sabor jelah)

.................

setelah semuanya selesai....

ya, tahniah anda telah pun layak untuk menyempurnakan kewajipan anda sebagai 'irish-celup' dengan pergi ke city untuk Final Destination Garda Card...

amaran dari pihak penaja, pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya serta mempunyai stamina dan daya tahan tekanan yang tinggi pada malam sebelum hari kejadian Garda anda...

.....................

jalan punya jalan, akhirnya sampailah di pintu hadapan Garda...

walaupun telah dikatuhui umum bahawa pintu Garda hanya akan dibuka seawal pukul 9.30 pagi...tapi pada pukul 6.00 pagi pun telah kelihatan begitu ramai umat manusia seperti rombongan jemaah haji di lembaga Tabung Haji negara di kelana jaya...

iya, terlalu ramai umat manusia di sana untuk menyiapkan Garda masing-masing pada setiap hari dan setiap masa tanpa henti...

.....................

setelah pintu dibuka, anda kini berada dalam fasa pertama dalam siri penyeksaan garda card..

anda dikehendaki melengkapkan borang lagi dan beratur sekurang-kurangnya satu jam setengah semata-mata untuk mendapatkan nombor giliran...

sekiranya hari tersebut ditakdirkan anda bertuah dan berjaya mendapatkan angka giliran, maka secara automatisnya anda telah dilonjakkan kepada fasa kedua dalam siri penyeksaan kad garda...

di tahap ini, maka bermulalah siri penyeksaan garda card yang sebenar...

anda akan diminta menuggu lagi dalam keadaan sesak di tengah-tengah kawanan umat manusia sekurang-kurangnya selama EMPAT JAM!!!

itupun kalau anda sangat-sangat bernasib baik dan datang awal...

..................

mengikut pengalaman penulis yang hadir di pejabat garda pada pukul 10.30 pagi...

penulis telah diminta menunggu selama LAPAN JAM!!!

DIULANG LAPAN JAM!!!


sebelum nama penulis dipanggil, penulis telahpun pergi berjalan-jalan cari barang di sekitar bandar Dublin, hinggakan tiada tanah lagi di bandar ini yang tidak dipijak oleh kaki penulis ini(maksudnya: sampai dah tak tahu nak jalan ke mana and tak tahu nak beli apa dah)..

setelah penat berjalan ke luar, penulis kembali semula ke pejabat garda tepat pukul 3.30pm waktu Dublin...

waktu penulis sampai di pejabat garda itu, nombor giliran baru sahaja mencecah ke angka 163, sedangkan angka giliran penulis adalah 231...

kadar pergerakan angka giliran pula adalah tidak menentu dan dipercayai sangat lambat mengikut kepada mood si kerani counter garda itu...mengikut perkiraan kasar, kadar pergerakan nombor giliran adalah lebih kurang, 10 orang sejam...

jadi penulis yang penat dan mengantuk itu pun mengambil keputusan untuk terlelap di kerusi yang disediakan sampailah pukul 5.30pm pabila penulis merasakan bahawa penulis sudah tiada berdaya
lagi untuk meneruskan tiduran ...

setelah menunggu nak dekat-dekat pukul 7.oopm barulah nombor penulis dipanggil...

"Number 132 at Counter 13 please.."

setelah duduk counter 13, barulah penulis menyedari bahwa dengan sesungguhnya segala isi guni surat-menyurat yang disuruh oleh garda untuk dilampirkan bersama pasport di hari kelahiran kad garda anda, adalah sesuatu yang sia-sia sahaja..

Hal ini kerana, setelah membelek-belek pasport dan borang yang anda isi semasa datang pagi tadi, garda memulangkan semula kesemua surat-surat anda itu kepada anda tanpa menyentuhnya atau menjelingnya sedikit pun...(alahai, selamat ler bulan puasa...kalau tak puasa harini, dah lama aku gigit lobus telinga kiri kerani tu...)

setelah anda membuat pembayaran kad garda yang merompak 150 euro daripada debit card anda dalam sekelip mata...anda dikehendaki untuk membuat satu 'pose' yang ceria pada camera yang disediakan...

amaran lagi:
menurut pengalaman si penulis...tolong jangan alihkan kerusi tempat anda duduk, jika tidak gambar anda pada garda card anda akan terkeluar sedikit daripada petak yang disediakan..

setelah itu anda diminta beredar dan dikehendaki untuk menunggu selama SEKURANG-KURANGNYA 15 MINIT TAPI SEBENARNYA SEJAM....bagi menunggu proses kelahiran kad garda anda yang sebenar...

bagi mereka-mereka yang selesai mendapat kad garda tepat pada pukul 7.30pm, anda hendaklah serta-merta dengan berat hatinya membatalkan niat untuk berbuka dengan nasi briyani pak Usop di Dublin Mosque kerana percayalah anda tidak akan sempat ke sana ...

...jadi anda haruslah akur dan menerima qada' dan qadar ini dengan membawa diri pulang ke UCD(bagi pelajar-pelajar UCD) beserta garda card anda yang masih panas sambil berbuka air mineral yang baru sahaja dibeli di kedai SPAR yang berdekatan..

akhir kata, saya selitkan sedikit motto Garda bagi tatapan semua peminat-peminat garda card di serata ireland iaitu:

TAK BERSIH, TAK CEKAP, dan TAK BETUL

p/s-ikhsan daripada motto PDRM, tetapi diberlawanankan bagi kegunaan pasukan garda di Ireland..

"saya sayang imigresen di malaysia"





8 Responses so far.

  1. wani says:

    panjang nyer kisah hidup d hari garda...
    hahaha...
    da mcm peraturan plak..
    ade2 je la awk ni.
    hehehe..
    nyway, byk2 je la bersabar di tepat orang k..
    tc..
    salam

  2. cRayzeex says:

    tu la ko amal, baru kena ngan garda, ko belum jumpa garuda lagi..
    bukan 4 jam tapi kena kira ada berapa jam kat bangunan dia tau..huhu.. lame

  3. Z says:

    seriously??
    ujan emas negeri org...

  4. Z says:

    seriously?
    ahahahahaha
    ujan emas negeri org

  5. A m a l says:

    to wani: abg sentiasa bersabar jangan risau...

    to crayzeex a.k.a leh: tu la pasal, aku cuak jugak pasal garuda ni..aku ada dengar sampai orang terkebil-ebil kena dengan garuda..haha

    to Z: ujan batu di negeri sendiri...maka lebih baik negeri orang..haha..

  6. Unknown says:

    hahahah!!! lgi truk dri I.S.A.... abg.... nnti azim nak ym ngn abang sbelum rye k.... tke cre.... mish u!!!!!!!!

  7. A m a l says:

    to my greatest lil' boy shinkai: serious lagi teruk dari ISA zim,serious sangat2 teruk..dahla kad tu burok giler..rasa nak kuyah2 jer kad tu sampai lumat..haha..ok, kita ym before raya k? salam..

  8. Zack says:

    thats what I'm trying to say..
    lg baik ngr org..
    ahakz